Akaun kasehsamudera.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Saudara Kita Perlukan Sokongan
Tabung Ihsan Banjir Baling, Kedah Dilancarkan 
Ayuh Bersama Ringankan Bebanan Mereka

Siapa sangka, saat ketika ramai dari kita sedang membuat pelbagai persiapan dan perancangan untuk Aidiladha, sekelip mata Allah mendatangkan musibah kepada saudara kita di Baling, Kedah.

Petang 4 Julai, hujan turun selama lebih 3 jam di beberapa buah kawasan. Akibatnya, paras air Sungai Kupang melimpah dan memasuki penempatan penduduk yang berdekatan. 


Sekelip mata air naik laju ke beberapa buah kampung dan menenggelamkan rumah-rumah serta bangunan-bangunan. Dilaporkan, sekurang-kurangnya 11 kampung terlibat ditenggelami air.


Baling, seperti yang kita tahu bukanlah tempat mereka yang berada. Sudah tentu musibah yang menimpa mereka ini memberi kesan besar terhadap kehidupan dan kewangan mereka. Mereka dalam kesedihan dengan kehadiran banjir yang tanpa diduga.  


Allahu Rabbi.... 

Justeru Pertubuhan Kaseh Samudera Malaysia dengan rasa penuh prihatin dan tanggungjawab ingin mengajak anda semua untuk sama-sama membantu saudara-saudara kita yang sedang ditimpa musibah di Kedah.

Antara bantuan yang disalurkan :
1. Kit Makanan
2. Kit Kesihatan
3. Kit Kebersihan 
4. Bantuan Am

5. Peralatan Mencuci



Kami mensasarkan kutipan sebanyak RM500,000 bagi membantu seramai mungkin mangsa-mangsa banjir yang sedang dalam kesusahan saat ini. Ayuh, bersama kami di Peduli Insan. Kita bantu rakyat Malaysia yang diduga Tuhan dengan ujian banjir luar dari kebiasaan.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah membantu hamba-Nya selagi mana hamba-Nya itu membantu saudaranya.”

 

MAKLUMAN : Jika kutipan sumbangan "Tabung Kecemasan Banjir Baling" melebihi sasaran, sumbangan anda akan dimasukkan ke dalam tabung kecemasan/bencana.


‘Ihsan Demi Insan’